Wednesday, April 3, 2013

Apple Pie


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Bahan A – Doh
  • 2 caw tepung gandum
  • 100 gm mentega
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 caw air ais
  • Bahan B
  • 10 biji apple size paling kecil
  • 2 caw gula
  • 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
  • 1 caw tepung
  • Sedikit garam
  • Segengam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara

  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, rehatkan dalam peti sejuk, keluarkan canai bulat besar dan sederhana nipis, cucuk dengan garpu, ketepikan
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besin besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu, kemudian kelimkan sekelilingnya, selepas itu taburkan baki atau lebihan sisa tepung adunan seakan serbuk roti basah taburkan atas apple pie , sekiranya ia cair sila tambah sedikit tepung jadikan ia seakan serbuk roti basah, taburkan atas pie sebelum dibakar dan akhir sekali taburkan pula segengam gula atasnya
  4. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Selamat mencuba.
  5. tips - bagi yang tidak gemar serbuk kulit kayu manis sila kurangkan sukatan, sebenarnya letak lebih serbuk kulit kayu manis rasanya akan menjadi lebih sedap apabila dimakan tidak lah rasa semacam sahaja







No comments:

Post a Comment