Sunday, February 9, 2014

Lasagna





Bahan-bahan ( 6 orang )
300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
 
Cara-cara
Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :p
Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu).
 

Tuesday, January 14, 2014

Pizza





Bahan-bahan ( 3 keping (20cm) 
Doh:
200gm tepung serbaguna, diayak
4gm garam
105ml air
12gm mentega tanpa garam
Topping:
Crab stick dan sosej, dihiris
Bawang besar, dihiris
cendawan butang, capsicum, dihiris
Keju mozzarella, diparut
Sos bechamel:
50gm mentega tanpa garam
60 gm tepung, diayak
1000ml fresh milk
4gm garam
Cara-cara
Untuk doh:
Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga tak lekat ditangan
Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.
Untuk sos berchamel
Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
Sapukan sos bechamel atas doh.
Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.