Wednesday, August 15, 2012

Resepi Pulut Kuning


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 4 cawan beras pulut (Ikut Saiz Anda)
  • 1 Kotak santan (400ml) -tidak perlu campur air
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Pulut  hendaklah di rendam bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning.
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dalam bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul sehingga rata.
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.
  5. Sedia Dihidang bersama Rendang Atau Kari ( ikut Kegemarn Anda)