Sunday, April 7, 2013

Apam Gula Hangus


Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.



Apam Polkadot


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur - dari peti sejuk gred A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
  • pewarna


Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak








Resepi Kek Batik


Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 paket biskut marie


Cara-cara

  1. pukul telur mentega sehingga kembang
  2. sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur
  3. kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika
  4. pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati
  5. masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk. sedia untuk dihidangkan




Friday, April 5, 2013

Durian Crepe


BAHAN-BAHAN

3 sd gula halus
3 sd tepung ubi
*campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sd tepung gandum
1/2 sd butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja


RESEPI FILLING CREAM KASTARD

 200 gm susu segar

2 kuning telur

30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 







BlueBerry Muffin


  • 130 g mentega berkualiti
  • 125 g gula halus
  • 3 biji telur gread "B"
  • 250 g tepung gandum*
  • 10 g susu tepung*
  • 15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 130 ml susu sejat "IDEAL"
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Bluebery filling secukupnya

Cara-cara

  1. 1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. 2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit
  3.  Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata. 
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.  Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. 
  5. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan


Mee Mamak


Bahan-bahan ( 3 org mkn )

  • 1 bungkus mee kuning
  • 3 ulas bwg putih
  • 3 sb lada giling
  • 4 sb kicap manis
  • 1 keping tauhu grg{dptg dadu}
  • 2 biji telur ayam
  • secekur tauge
  • sedikit sawi
  • sedikit isi ayam@udg@stg
  • sebiji lada merah{dptg biasa}
  • sedikit garam & serbuk perasa
  • 1 biji limau nipis
  • sedikit bwg goreng
  • sedikit daun sup&timun untuk hiasan
  • sedikit minyak msk utk menumis

Cara-cara

  1. mula2 tumis bwg putih,shingga naik baunya,masukkan lada giling dan kicap manis,tumis shingga kelihatan lada giling agak kering sedikit,
  2. masukkan pula isi udang  segar tumis lagi sehingga udang betul2 masak 
  3. masukkan mee kuning masak dengan api perlahan 
  4. pecahkan telur 2biji didalam kuali..gaul sampai rata telur td itu bru lah masukkan sedikit garam{mengikut masing2. 
  5. dan masukkan bhn2 sampingan seperti sawi,lada besar,tauhu grg dan last sekali masukkan tauge..
  6. msk sehingga hampir2 kering dan last sekali sebelum padamkan api,masukkan sedikit perasa..gaul lagi dan angkat untuk dihidangkan.


Wednesday, April 3, 2013

Daging Masak Hitam


Bahan-bahan

  • ½ kg Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Serai
  • Bahan-bahan di atas di kisar
  • 1kg Daging
  • 1 sudu besar serbuk Jintan Manis
  • 1 sudu besar serbuk Jintan Putih
  • 1/3 tin kecil Tomato Puree
  • ½ botol kecil Kicap Manis
  • Rempah Tumis (4 sekawan)
  • Minyak masak
  • Kacang peas dalam tin secukupnya

Cara-cara

  1. Rebuskan daging separuh empuk, buang air dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, kemudian tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Setelah garing masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih.
  4. Biar sehingga garing sedikit.
  5. Masukkan kicap dan tomato puree, kacau rata.
  6. Masukan daging yang telah direbus, masak sehingga daging empuk.
  7. Setelah masak, hidangkan dan hias dengan kacang peas dalam tin.
  8. Note: Boleh juga masukkan kentang goreng yang di potong dan juga tomato.