Wednesday, April 3, 2013

Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 1. 1 biji Bawang Holland 
  • 2. 3 biji Tamato (dipotong dadu) 
  • 3. 1/2 biji Lada benggala (dipotong dadu)
  • 4. 1 paket daging lembu cincang (Ramly 400g) 
  • 5. 8 ulas bawang puteh 
  • 6. sesudu besar lada puteh ditumbuk halus 
  • 7. 1/2 Batang carrot 
  • 8. 1 botol sos Prego (Tradisional) 
  • 9. Minyak, 
  • 10. gula

  • Cara-cara
  1. Tumis bawang puteh sehingga naik bau wangi, 
  2. masukkan bawang Holland yg telah dipotong dadu. 
  3. Masukkan daging cincang yg telah dibasuh dan ditoskan terlebeh dahulu. 
  4. Masukkan air, dan biar daging masak. 
  5. Masukkan lada puteh dan gaul lagi hingga sebati. 
  6. Masukkan lada benggala, tomato,carrot dan biarkan mendidih (biarkan lebih lama untuk melembutkannya) 
  7. Masukkan sos Prego dan gaul..tambahkan air sedikit. 
  8. Masukkan gula dan garam. 
  9. SIAP untuk dihidang..=)





Kek Coklat Moist


Bahan-bahan ( 5 org pn ok... )

  • 1cwn gula pasir
  • 1cwn serbuk koko
  • 1cwn susu cair
  • 1cwn susu pekat
  • 1cwn minyak masak
  • tpng gndum 3/4 cwn
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
  • 4biji telur
  • coklat bar(unt siram atas kek)

Cara-cara

  1. first sekali..smua bhn2 yg di sukat dengan cawan tu di masak dgn api yg perlahan...
  2. di kacau hingga gula hancur dan sebati...jgn sampai mendidih...biarkan sejuk seketika.... 
  3. ambil tepung dan di ayak bersama baking powder n soda bikarbonat...
  4.  telur 4 bji ,di blend hingga kembang.... 
  5. akhir sekali ,baru la di campurkan tepung yang di ayak tadi dengan telur  blend tu ke dalam adunan coklat yg di masak tu...sedikit demi sdeikit.....kacau dengan senduk supaya adunan tu betul2 sebati....
  6. isi adunan dalam bekas dan kukus hingga masak...
  7. untuk coklat yg di siramkn atas kek tu, campurkan susu cair ke dalam coklat masakan tu sdikit....ikut kepekatan yg di ingini...masak secara double boil.... bile dah di siramkan atas kek tu, smpan kek di dlm peti sejuk..... cuba la buat...insyaallh mesti menjdi. Good Luck...


Tadaaaaaa.....

Apple Pie


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Bahan A – Doh
  • 2 caw tepung gandum
  • 100 gm mentega
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 caw air ais
  • Bahan B
  • 10 biji apple size paling kecil
  • 2 caw gula
  • 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
  • 1 caw tepung
  • Sedikit garam
  • Segengam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara

  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, rehatkan dalam peti sejuk, keluarkan canai bulat besar dan sederhana nipis, cucuk dengan garpu, ketepikan
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besin besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu, kemudian kelimkan sekelilingnya, selepas itu taburkan baki atau lebihan sisa tepung adunan seakan serbuk roti basah taburkan atas apple pie , sekiranya ia cair sila tambah sedikit tepung jadikan ia seakan serbuk roti basah, taburkan atas pie sebelum dibakar dan akhir sekali taburkan pula segengam gula atasnya
  4. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Selamat mencuba.
  5. tips - bagi yang tidak gemar serbuk kulit kayu manis sila kurangkan sukatan, sebenarnya letak lebih serbuk kulit kayu manis rasanya akan menjadi lebih sedap apabila dimakan tidak lah rasa semacam sahaja







Puding Gula Hangus... (Karamel)


puding gula hangus

bahan-bahan: 
3 sudu besar gula pasir 
1 tin susu pekat 
7 biji telur ayam 
1 cawan air

 cara-cara: 
1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil.Masak sampai gula kekuningan.Pastu bila dah cair....lenggang2 loyang itu biar gula rata. 
2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata....baru masukkan air. 3.Last sekali tuang atas gula yang dah beku.Boleh kukus sampai masak....kukus tu lebih kurang 45 minit 
4.Bila dah sejuk terlekupkan.....siap....


Kek Milo Sedap


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • bahan A 
  • 1 1/2 cawan tepung Gandum
  •  3/4 cawan milo
  •  2 cawan teh baking soda
  •  1/2 butter (salted)
  •  2 biji telur (gred C)
  •  sedikit susu
  •  1 cawan teh esen vanilla
  • Bahan b (ising)
  • 3/4 unsalted butter
  • 12 auns cream cheese 
  • 4 1/2 cawan gula ising
  •  2 cawan teh esen vanilla

Cara-cara

  1.  ayak bahan A (yang kering sahaja!) 
  2.  pastikan butter  dgn suhu bilik kemudian pukul sehingga lembut dan tambahkan telur 
  3. campurkan bahan yg telah diayak ke dalam adunan butter dan telur sedikit demi sedikit 
  4. masukkan ke dalam 2 dulang yg sama saiz 
  5.  bakar dalam suhu 150 darjah selama 25-35 minit
  6. pukul butter hingga lembut
  7.  masukkan cream cheese
  8. . pukul hingga sebati
  9.  masukkan gula sedikit sedikit dan
  10. masukkan esen vanilla pukul hingga sebati.
  11. Hias

Bubur Mc D


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm) 1 1/2 inci halia di ketuk / titik 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam sedikit garam 1 liter air * GARNISH * lada merah daun bawang n daun sup se

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis dan kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....

Cekodok Rangup


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 150gm gandum
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam atau lebih udang geragau (basuh dulu)
  • Secubit garam
  • 2 gelas air

Cara-caraCampurkan semua bahan..kalo nak rangup mcm sy letak air byk bia adunan sedikit cair..bila goreng nanti dia akn rangup tepi2 dan nipis..pastikan goreng ketika minyak tgh panas supaya cekodok tidak berminyak..sekejap je prosesnya,tadaaa sudah siap.. we mmg suke cekodok rangup ni..makan hari2 pon xpe ..selamat mencuba kawan2!